Wednesday 16 May 2012

MENUNGGU KEDATANGAN “AMAN KAMPUS DI BUMI KENYALANG”



        Objektif program aman kampus diwujudkan ialah mewujudkan satu jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pemerkasaan anak muda di peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan AntarabangsaIni kerana menurut laporan sinar haruan melalui tajuk berita “Jelahjah Aman Kampus Selamatkan Pemikiran Mahasiswa”

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) akan mengadakan Jelajah Aman Kampus pada Februari tahun depan di 25 institusi pengajian tinggi sebagai langkah pencegahan pemesongan pemikiran mahasiswa di universiti.Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, program itu digerakkan setelah hasil penyelidikan Aspirasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhatian mahasiswa mendapati terdapat ancaman memutarbelitkan pemikiran mahasiswa sedang giat dijalankan.“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa akan depan.
 
“Pelbagai strategi dokrinasi digunakan untuk mempengaruhi pemikiran golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerap kali dijadikan senjata utama untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti mengganggu tumpuan pengajian mahasiswa di kampus,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman semalam.Shahar berkata, kebencian itu tidak boleh dibiarkan tersemat daripada universiti lagi.
“Program yang bakal dijalankan ini bukan satu tindakan pembetulan tetapi tindakan pencegahan. Kita mahu kampus yang dibina oleh kerajaan dan dibangunkan hasil duit rakyat dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya mereka mempunyai kecemerlangan akademik serta sahsiah diri dapat menjadi generasi muda yang berwibawa.

“Sebagaimana yang dianjurkan dalam pindaan Auku 2009, melibatkan NGO dibenarkan masuk ke dalam universiti, hari ini kita buktikan semangat dan roh pindaan 2009 itu diterjemahkan dalam program Jelajah Aman Kampus 2012. Kita ada NGO, kita ada alumni universiti dan kita ada mahasiswa yang berada di universiti yang sama-sama memastikan jatuh bangun negara pada masa akan datang,” katanya.

        Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwandin Hamzah; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Muhamad dan Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia, Mahaganaphaty Dass.     Setakat hari ini program Jelajah Aman Kampus itu mendapat sokongan daripada 15 NGO dan lebih 1,000 mahasiswa universiti tempatan. Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.

        Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

        Menurut Shahar, mahasiswa hari ini perlu ada tiga elemen yang penting, iaitu mahasiswa mesti ada sikap diplomasi, kedua perlu menjadi mahasiswa yang rasional melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa itu sendiri, ketiga sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti. Katanya, jika kesemua elemen itu dipraktikkan, beliau yakin negara akan mendapat pelapis yang berwibawa pada masa depan.

SUMBER: SINAR HARIAN 17 MEI 2012     

Seorang Cikgu Yang BIJAK, tidak AKAN duduk BANTAH! Saya sayang CIKGU!

“ Kita harus menghormati dan mencintai murabbi kita. Merekalah yang banyak mendidik dan mengasuh kita menjadi hamba-hamba yang berisi dengan ilmu,” Teringat kata-kata seorang senior saya semasa awal tingkatan satu.

“ Murabbi itu apa ?,” Soal saya tanpa segan dan silu.

“ Murabbi itu maknanya pendidik. Murabbi itu asal daripada perkataan arab. Insan-insan yang 
 mendidik, mengajar dan memberikan pengajaran kepada kita,” Jelas tutur bicara senior saya.
Bermula detik dan saat itu, saya mulai biasa dengan kalimah murabbi. Bagi saya, istilah itu sangat-sangat sejuk dan dekat dengan hati saya. Sesiapa sahaja yang mendidik, mengasuh, menyuluh dan mencerahkan saya tentang sesuatu perkara dengan hikmah, bijaksana dan penuh keilmuaan – saya selalu melabelkan dia sebagai murabbi. Murabbi ini adalah pekerjaan dan amalan yang mulia. Kerana apa? Kerana ia memberikan suatu harga dan makna kepada seseorang. Dengan ilmu, darjat seseorang tertingkat di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Nescaya  Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
( Al- Mujadalah 58 : 11)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang menjalani sesuatu jalan untuk mencari dan mempelajari ilmu, Allah akan mempermudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga.”
( Hadis Riwayat Muslim)

Biar apa pun, mata pelajaran yang diajar. Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan apa jua madah (mata pelajaran) dalam deen. Bahkan subjek-subjek yang lain seperti  Matematik, Bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya. Mereka-mereka adalah murabbi. Murabbi yang menghubungkaitkan setiap ilmu yang dicurahkan kepada saya dengan nilai-nilai ketauhidan, keislaman dan kefahaman yang jernih berkaitan deen saya. Bayangkan, semasa di MATRI ada seorang guru fizik saya yang sangat-sangat saya hormat, Cikgu Maimunah Hashim pernah menghubungkan ilmu fizik dengan ketauhidan dan ubudiyah. Sesuatu yang baru bagi saya, ketika itu terbukalah minda, hati dan fikiran saya bahawa semua ilmu itu adalah daripada Allah SWT.

MasyaAllah.


"mencari intelek muslim bertakwa di dunia sekarang ibarat mencari gagak putih di tengah gagak hitam...pastikan kita generasi yang meredah jalan-jalan perjuangan menuju destinasi iaitu KEREDHAAN ALLAH"

Monday 14 May 2012

Perlukah Berdomenstasi Untuk Tunjukan Kecintaan Pada Negara?? Kemerdekaan Mengikut Pandangan Islam


Ummah mesti tanam sifat patriotik, terus berjihad bebaskan diri daripada anasir negatiSemangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan dan kini ditadbir mengikut acuan sendiri sewajarnya menyedarkan rakyat mengenai kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi sebahagian tuntutan agama
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintakan tanah air itu sebahagian dari iman.” (Hadis
riwayat Bukhori dan Muslim) Kecintaan kuat terhadap tanah air adalah obor pencetus semangat untuk terus membawa kemajuan kepada setiap warga negara bagi sama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara ke tahap kecemerlangan.
Kemerdekaan negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah dan dalam mensyukuri rahmat itu, jasa mereka yang berjuang membebaskan negara daripada penjajah dan kini berjuang mempertahankan perlu dihargai.
Kemajuan negara terletak di tangan kepemimpinan dan rakyat negara, justeru, setiap dicita perlu dilakukan sendiri semua pihak.Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha untuk merubah keadaan hidup mereka.” (Surah ar-Ra’du, ayat 11) Berjihad dan berkorban jiwa raga untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan seperti dilakukan bekas pejuang hendaklah menjadi iktibar kepada semua lapisan daripada anak kecil, murid sekolah, pelajar, belia, dewasa serta warga emas.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika kamu membela Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan).” (Surah Muhammad, ayat 7)Kedatangan Islam itu sendiri sebenarnya membawa mesej jelas dan bersifat kemerdekaan. Islam menyeru umatnya membebaskan diri daripada dibelenggu kejahilan, membebaskan diri dari sistem perhambaan dan cengkaman musuh dalam apa juga bentuk. Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. Hakikat ini dapat dilihat pada perkembangan awal Islam di mana Rasulullah SAW berusaha membawa kemakmuran di Madinah dan memerdekakan Kota Makkah daripada cengkaman kafir Quraisy.
Islam juga bersifat merdeka dalam maksud berjihad membebaskan diri terjerumus keruntuhan akhlak dan tingkah laku yang boleh membawa kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam menitikberatkan usaha membebaskan diri dengan menyelamatkan tamadun manusia dari terus diselaputi sifat syirik kepada Allah, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan melalui sistem penindasan berlaku sesama makhluk Allah. Seorang penyair Arab, Ahmad Syauqi pernah berkata: “Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak.”
Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab setiap warga yang cintakan negara menghalang unsur negatif yang sedang menyelinap masuk ke dalam pemikiran masyarakat. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti mereka (orang Yahudi dan Nasrani) yang bercerai berai dan berselisih faham) sesudah datangnya keterangan yang jelas dan nyata (yang diberikan Allah).” (Surah al-Imran, ayat 105) Sehubungan itu, umat Islam harus mengisi ruang kemerdekaan untuk terus berjihad membebaskan diri daripada sifat yang boleh meruntuhkan wibawa manusiawi kerana ia dimurkai Allah.
Nikmat kemerdekaan perlu diisi dengan meneruskan perjuangan demi kestabilan negara supaya dapat diwarisi generasi akan datang, sanggup berkorban dan menghadapi cabaran globalisasi untuk menjadi bangsa yang mampu bersaing. Dengan roh dan semangat merdeka, marilah berganding bahu bertekad mempertahankan negara daripada sebarang anasir serta ancaman boleh menggugat kestabilan tanah air tercinta ini.Jejaki sunnah perjuangan Rasulullah SAW yang melipatgandakan usaha membebaskan umat Islam Madinah dan Makkah dari cengkaman kukufuran dan menjadi hamba serakah nafsu sendiri. Oleh itu, wajarlah kita berusaha membebaskan diri daripada gejala tidak sihat dan permasalahan yang boleh mencetus prasangka tidak baik.

Ceritera Peperiksaan (Yang Mana Lebih Penting Harapan Mak & Ayah @ Harapan Pembangkang??)


Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah. Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya. Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya. “Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!” Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan anda yang susah sangat!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada saya!” Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam. Seorang pelajar lagi berkata: “Anda ajar, kami tak faham. Uslub anda susah!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kamu pernah datang ke bilik saya dan suruh saya terangkan semula apa yang kamu tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam. Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini anda tidak ajar pun!” Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kamu yang ponteng kelas pada hari itu?”

 Pelajar itu diam.


Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.
Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh. Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?

Fahamkah kamu maksud ayat ini:
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah
Ali Imran ayat 159.

Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?
Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini? Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak. Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.

Pesanan ADMIN: Sedarlah mahasiswa sebelum terlambat, jangan biarkan diri anda hidup tanpa wawasan dan jalan yang benar, minggu peperiksaan semakin dekat, bersiap sedia lah sebelum terlambat kerana masa tidak akan menunggu kita.....



Sexual Harrasment!

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA) bersama Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar UNIMAS (UniK) akan mengadakan satu Seminar Wanita Anti Jenayah - "Wanita dan Keldai Dadah" dan "Wanita dan Gangguan Seksual". Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Audit
orium, PKMA
Peserta : 120 orang (lelaki & perempuan)

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah keldai dadah terutamanya di kalangan wanita serta isu gangguan seksual. Selain itu para peserta juga didedahkan dengan cara untuk berhadapan & menangani isu2 tersebut serta dibekalkan dengan maklumat tentang penyaluran aduan yang tepat & bantuan2 yang disediakan utk mangsa.

Sehubungan itu, pelajar UNIMAS yang berminat dijemput untuk menyertai seminar yang bakal diadakan ini. Terbuka kepada pelajar lelaki & wanita. Sijil penyertaan & makanan disediakan kepada para peserta. Tempat terhad! 

Pendaftaran akan dibuka pada hari Selasa 8 Mei 2012 & boleh dilakukan di kaunter Pusat Pemajuan Pelajar, Aras 3 Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Jangan lepaskan peluang! =)


Sumber: Pusat Pemajuan Pelajar (Unit Kaunseling)

Monday 26 March 2012

Kepentingan Mengundi?




Sebagai belia, kitalah pemangkin negara suata masa akan datang? Tetapi anda tnya diri sendiri, sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih untuk PRU akan datang? Sebagai belia atau mahasiswa kita harus mempunyai sikap bertanggungjawab atas kerajaan kita sendiri, jadi kita haruslah membantu kerajaan dengan mengundi, dan ingat satu UNDI akan memberikan impak yang besar..Ada tiga sebab mengapa dan kenapa kita harus mendaftar sebagai pengundi.



1. Tuntutan Rukun Negara

Okay aku jelas dan faham.. kalau rukun negara pun ada yang tak habis baca apa lagi nak mengundi.. Kesetiaan  Kepada Raja Dan Negara. sedia maklum yang kita ini duduk didalam negara yang menggunakan sistem Raja berperlembagaan. dimana mempunyi sistem doktrin pengasingan kuasa yang terbahagi kepada tiga iaitu:- 

1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman

Ketiga-tiga kuasa ini mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.. Badan perundangan di kuasai oleh raja (kuasa Junta), Untuk pentadbiran negara Malaysia sekarang ini.. pentadbiran diuruskan oleh badan eksekutif sebagai main priority untuk mentadbir.  dimana wakil-wakil parliament sebagai wakil untuk mendasarkan  suara rakyat.

Dari sumber yang aku dapat.. terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Maaf disini aku bukan nak resist cuma untuk kepentingan bangsa aku.. kalau bukan aku yang tulis siapa lagi nak bagitau.. so ambil point yang aku bagi ini secara positif. 

Sedia maklum kaum bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan yang tertentu. Untuk makluman korang.. sumber yang aku dapat mengatakan bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. seram bukan..?? kalau dah 45% dah tentulah jadi suara minoriti didalam parliament.. itupun belum tentu yang mendaftar tu pergi mengundi.. fikirkanlah.. macam mana kita nak bersuara didalam parliament kalau kerusi bumiputera hanya secebis..

Kita ada hak untuk dipertahankan ingat.. jangan fikir kalau kita duduk didalamcomfort zone kita akan selamat selamanya.. macam aku cakap tadi.. kita ada hutang kemerdekaan untuk dipertahankan. Ingat kita mengunakan sistem raja berpelembagaan.. kita kena yakinkan kepada raja-raja kita yang rakyat mampu mentadbir.. jangan sampai Sultan murka dan menggunakan kuasa junta untuk merampas tampuk kepimpinan.. jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kuasa diraja sebaik mungkin..

2. Kuasa generasi muda.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa. yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada1946-1964, sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981. Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik kita sekarang seramai 6 juta ++.

Dari statistik yang aku bagi ini menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab untuk masa depan negara buat masa sekarang. Bagi aku generasi muda perlu sedar tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang korang pangkah.. asalkan korang lepaskan tanggungjawab korang.. 

Belia kat Malaysia adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun..  dan kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi.. Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman.. sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. diorang ada 5 juta je kot.. dan untuk pengetahuan korang kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi aku nasihatkan.. jangan bising-bising complain kerajaan tak betul.. siapa yang pilih kalau bukan 12 juta itu tadi..


3. Menentukan masa depan negara dan diri sendiri

Okay iklan kejap ye.. untuk korang lebih faham point ketiga'ni korang tgok video kat bawah ini dulu 

Mari Ubah Gaya Hidup

Agak sinis jugalah iklan ni eh.. hehe sorry pada yang terasa.. aku rasa benda ini perlu,  bukan nak mempersoalkan sesiapa.. walau dengan apa cara  sekalipun korang ubah  gaya hidup korang.. kalau pemimpin yang kita pilih itu kurang memuaskan bagi aku beliau wajib ditukar. sebab ianya melibatkan kepentingan kita sendiri.. tak kisah lah korang nak pangkah parti apapun.. bagi aku pemimpin yang kita pilih itu penting.. salah pemimpin ke kalau dia tak perform..?? salah kita sebab kita tidak daftar mengundi dan membiarkan yang tidak pandai memilih itu menghakimi hak kita.. 

Kita jangan pandai argue tapi tidak buat apa-apa.. ramai yang cakap kalau aku mengundi  sama je.. dan yang menyedihkan.. ada yang cakap:- 

"Kalau aku mengundipun belum  tentu vote aku dapat ubah-ubah apa-apa, sebab tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia majoriti berbeza 1 undi je"

 yup memang tak luak kalau engkau sorang tak mengundi.. tapi kalau sejuta orang fikir macam engkau.. tergadailah negara... Mungkin ramai yang masih tidak matang dalam hal ini.. atau mereka keliru apa itu UMNO apa itu PKR.. aku nasihatkan.. korang pangkahlah apa yang korang rasa dapat merubah taraf hidup rakyat Malaysia.. asalkan korang mengundi.. dan jangan asyik nak merungut atas sumbangan pemimpin sedangkan korang tidak menyumbang apa-apa.. 

***
Kalau Betullah 2011 ni PRU ke 13 aku rasa bangga sebab ini first time aku layak mengundi.. Bagi yang masih tidak mendaftar tu.. aku sarankan korang pergi daftar cepat-cepat sebelum terlambat.. tak susah pun.. kat pejabat pos pun boleh daftar.. sambil-sambil korang bayar bill tu.. apa salah daftar sekejap.. sedangkan beratur panjang-panjang kat shopping mall korang sanggup.. inikan  pula untuk masa depan negara dan diri sendiri..

Fikir-fikirkan lah... adakah kita nak tengok je tanpa membuat sesuatu.. disini aku dan komuniti ITYM yang lain ingin meletakkan pendirian kitorang.

 "kami yang menentukan masa depan kami dan kami akan pastikan pemimpin yang kami pilih adalah yang akan menjaga kepentingan kami dan bukan hanya parti semata-mata tetapi untuk kepentingan bangsa juga. walaupun kami neutral tetapi kami matang dalam memilih yang terbaik untuk masa depan kami".