Monday 26 March 2012

Kepentingan Mengundi?




Sebagai belia, kitalah pemangkin negara suata masa akan datang? Tetapi anda tnya diri sendiri, sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih untuk PRU akan datang? Sebagai belia atau mahasiswa kita harus mempunyai sikap bertanggungjawab atas kerajaan kita sendiri, jadi kita haruslah membantu kerajaan dengan mengundi, dan ingat satu UNDI akan memberikan impak yang besar..Ada tiga sebab mengapa dan kenapa kita harus mendaftar sebagai pengundi.



1. Tuntutan Rukun Negara

Okay aku jelas dan faham.. kalau rukun negara pun ada yang tak habis baca apa lagi nak mengundi.. Kesetiaan  Kepada Raja Dan Negara. sedia maklum yang kita ini duduk didalam negara yang menggunakan sistem Raja berperlembagaan. dimana mempunyi sistem doktrin pengasingan kuasa yang terbahagi kepada tiga iaitu:- 

1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman

Ketiga-tiga kuasa ini mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.. Badan perundangan di kuasai oleh raja (kuasa Junta), Untuk pentadbiran negara Malaysia sekarang ini.. pentadbiran diuruskan oleh badan eksekutif sebagai main priority untuk mentadbir.  dimana wakil-wakil parliament sebagai wakil untuk mendasarkan  suara rakyat.

Dari sumber yang aku dapat.. terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Maaf disini aku bukan nak resist cuma untuk kepentingan bangsa aku.. kalau bukan aku yang tulis siapa lagi nak bagitau.. so ambil point yang aku bagi ini secara positif. 

Sedia maklum kaum bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan yang tertentu. Untuk makluman korang.. sumber yang aku dapat mengatakan bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. seram bukan..?? kalau dah 45% dah tentulah jadi suara minoriti didalam parliament.. itupun belum tentu yang mendaftar tu pergi mengundi.. fikirkanlah.. macam mana kita nak bersuara didalam parliament kalau kerusi bumiputera hanya secebis..

Kita ada hak untuk dipertahankan ingat.. jangan fikir kalau kita duduk didalamcomfort zone kita akan selamat selamanya.. macam aku cakap tadi.. kita ada hutang kemerdekaan untuk dipertahankan. Ingat kita mengunakan sistem raja berpelembagaan.. kita kena yakinkan kepada raja-raja kita yang rakyat mampu mentadbir.. jangan sampai Sultan murka dan menggunakan kuasa junta untuk merampas tampuk kepimpinan.. jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kuasa diraja sebaik mungkin..

2. Kuasa generasi muda.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa. yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada1946-1964, sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981. Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik kita sekarang seramai 6 juta ++.

Dari statistik yang aku bagi ini menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab untuk masa depan negara buat masa sekarang. Bagi aku generasi muda perlu sedar tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang korang pangkah.. asalkan korang lepaskan tanggungjawab korang.. 

Belia kat Malaysia adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun..  dan kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi.. Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman.. sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. diorang ada 5 juta je kot.. dan untuk pengetahuan korang kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi aku nasihatkan.. jangan bising-bising complain kerajaan tak betul.. siapa yang pilih kalau bukan 12 juta itu tadi..


3. Menentukan masa depan negara dan diri sendiri

Okay iklan kejap ye.. untuk korang lebih faham point ketiga'ni korang tgok video kat bawah ini dulu 

Mari Ubah Gaya Hidup

Agak sinis jugalah iklan ni eh.. hehe sorry pada yang terasa.. aku rasa benda ini perlu,  bukan nak mempersoalkan sesiapa.. walau dengan apa cara  sekalipun korang ubah  gaya hidup korang.. kalau pemimpin yang kita pilih itu kurang memuaskan bagi aku beliau wajib ditukar. sebab ianya melibatkan kepentingan kita sendiri.. tak kisah lah korang nak pangkah parti apapun.. bagi aku pemimpin yang kita pilih itu penting.. salah pemimpin ke kalau dia tak perform..?? salah kita sebab kita tidak daftar mengundi dan membiarkan yang tidak pandai memilih itu menghakimi hak kita.. 

Kita jangan pandai argue tapi tidak buat apa-apa.. ramai yang cakap kalau aku mengundi  sama je.. dan yang menyedihkan.. ada yang cakap:- 

"Kalau aku mengundipun belum  tentu vote aku dapat ubah-ubah apa-apa, sebab tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia majoriti berbeza 1 undi je"

 yup memang tak luak kalau engkau sorang tak mengundi.. tapi kalau sejuta orang fikir macam engkau.. tergadailah negara... Mungkin ramai yang masih tidak matang dalam hal ini.. atau mereka keliru apa itu UMNO apa itu PKR.. aku nasihatkan.. korang pangkahlah apa yang korang rasa dapat merubah taraf hidup rakyat Malaysia.. asalkan korang mengundi.. dan jangan asyik nak merungut atas sumbangan pemimpin sedangkan korang tidak menyumbang apa-apa.. 

***
Kalau Betullah 2011 ni PRU ke 13 aku rasa bangga sebab ini first time aku layak mengundi.. Bagi yang masih tidak mendaftar tu.. aku sarankan korang pergi daftar cepat-cepat sebelum terlambat.. tak susah pun.. kat pejabat pos pun boleh daftar.. sambil-sambil korang bayar bill tu.. apa salah daftar sekejap.. sedangkan beratur panjang-panjang kat shopping mall korang sanggup.. inikan  pula untuk masa depan negara dan diri sendiri..

Fikir-fikirkan lah... adakah kita nak tengok je tanpa membuat sesuatu.. disini aku dan komuniti ITYM yang lain ingin meletakkan pendirian kitorang.

 "kami yang menentukan masa depan kami dan kami akan pastikan pemimpin yang kami pilih adalah yang akan menjaga kepentingan kami dan bukan hanya parti semata-mata tetapi untuk kepentingan bangsa juga. walaupun kami neutral tetapi kami matang dalam memilih yang terbaik untuk masa depan kami". 


Wajarkah??!.

TAHNIAH PENANG... TAPAK MASJID JADI TAPAK RUMAH IBADAT!!


Wajarkah Guan Eng 'pegang' tapak masjid?

DI Pulau Pinang sekarang khabarnya tidak seindah dahulu buat orang Islam. Dahulu itu bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008. Bayangkanlah situasi umat Islam di Pulau Mutiara sekarang yang terpaksa berdepan kemelut semua tapak masjid tidak lagi diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Padahal semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi parti komponennya di Sabah dan Sarawak, tidak begitu perihalnya.

Sekarang di Pulau Pinang, semua tapak masjid ditukar nama ke tapak rumah ibadat dan diletakkan di bawah Chief Minister Incorporated atau CMI (Ketua Menteri Diperbadankan). Pengerusi CMI ialah Lim Guan Eng.

Apa maknanya itu? Ia bermaksud apa sahaja rumah ibadat boleh dibina sedangkan jika sepatutnya tapak masjid dibina di kawasan pembangunan berkenaan, itu akhirnya akan terpulang kepada CMI untuk memuktamadkannya.


Di Pulau Pinang sekarang, Guan Eng mempunyai kuasa ke atas tanah. Dia pegang Exco tanah (menguruskan pentadbiran tanah). Berbanding dahulu di bawah BN, urusan ini diagih-agihkan kepada pihak tertentu, iaitu ada lembaga pengarahnya. Contohnya, PDC pemilik Bayan Mutiara manakala tapak masjid di bawah MAIPP.

Tetapi sekarang, dalam erti kata lain, CMI yang berkuasa dan memonopolinya.

Dalam hal ini, banyak pihak termasuk UMNO Pulau Pinang sendiri telah jenuh membangkitkan rasa amat kecewa dengan sifat mendiamkan diri Guan Eng terhadap semua persoalan dan kekeliruan yang telah dikemukakan kepadanya tempoh hari.

Tambah paling mengecewakan adalah tindakan Guan Eng menjual tapak masjid dan tapak sekolah di pembangunan asal Bayan Mutiara yang telah diluluskan.

Dikatakan, pelan kebenaran merancang asal fasa 1 Bayan Mutiara diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 berujukan JPB/PM/4490(LB) PIN.1.

Pelan kebenaran merancang tersebut selain mempunyai pelbagai jenis perumahan, ia turut merangkumi kompleks gerai pusat penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Diajukan persoalan ini, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin menegaskan: "Tindakan Guan Eng menjual tapak masjid adalah satu tindakan bongkak dan sangat biadap dan boleh menimbulkan kemarahan umat Melayu Islam di Pulau Pinang dan Malaysia keseluruhannya.

"Guan Eng tidak boleh sama sekali mengganggu-gugat harta milik orang Islam. Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada MAIPP dan seterusnya diwakafkan oleh MAIPP," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam aspek ini, tapak sekolah juga perlu diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dibina sekolah. Walaupun pemaju, Tropicana Ivory Sdn. Bhd. bersetuju untuk pembinaan sekolah tetapi dikhuatiri pelaksanaannya kelak akan diputar belit dan dibina sekolah antarabangsa seperti mana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau yang telah menidakkan hak anak-anak miskin tempatan.

Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu ketika ini inginkan sangat kepastian daripada Guan Eng adakah pemaju telah disyaratkan untuk membina gerai penjaja di tapak Bayan Mutiara.

Sewajarnyalah, tegas mereka, pemaju perlu membina gerai penjaja di tapak yang sesuai dan strategik di Bayan Mutiara. Dan bukannya terpelosok di hujung tapak seperti mana kebiasaannya dilakukan oleh pemaju kerana Bayan Mutiara adalah hak rakyat negeri itu.

Di sebalik kemelut yang melanda umat Islam di Pulau Pinang hari ini, isu utama sekarang ialah Guan Eng perlu mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP, tapak sekolah kepada Kementerian Pelajaran dan tapak penjaja kepada MPPP.

Guan Eng jangan pula bersiap untuk mendiamkankan diri atau cuba memutarbelitkan perkara-perkara di atas.

Pas juga yang kini macam 'tunggul' di Pulau Pinang perlu menasihati Guan Eng terhadap perbezaan di antara masjid dan surau. Ini kerana Guan Eng telah memaklumkan bahawa pemaju di Bayan Mutiara akan menyediakan surau dan bukannya masjid.

Guan Eng jangan cuba bermain dengan harta rakyat terutamanya harta orang Melayu Islam. Dengan semua tapak masjid tidak lagi diwakafkan dan ditukar nama pula ke rumah ibadat, adakah ia bermakna Guan Eng cuba untuk mengurangkan kuasa orang Islam di Pulau Pinang.

Ingat! perkara ini semua akan membangkitkan semangat perjuangan rakyat yang akhirnya bakal menjadi titik tolak kejatuhan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Saturday 24 March 2012

Mahasiswa Melayu Kuat Berpolitik & Demonstrasi?? Apa cer??

Pandangan seorang tokoh dunia.Tepuk Dada Tanya Selera!

Pembohongan Demi PEMBOHONGAN!!



 Bertanding atas tiket Aspirasi Mahasiswa tetapi bila begelar PEMIMPIN tukar status kepada Pro- Militan.. Seperti Baling Batu Sorong Tangan!!! Ini kah PEMIMPIN yang kononya imam dihadapan semua mahasiswa tetapi dibelakang adalah PENGGADAI MARUAH mahasiswa. Banyak kenyataan yang dilemparkan oleh Pemimpin ini hanya omongan kosong seperti mengeluarkan air liur basi yang berbauh busuk. Tidak terlibat dalam politik konon, siap bergambar dengan Timbalan Pemuda PAS, itu bukan POLITIK pembangkang kah namanya? Hanya menggunakan mahasiswa sebagai “remote control” dan memanipulasikan fikiran mahasiswa supaya mengatakan PEMBANGKANG yang harus memegang tampuk kerajaan. 


Sudah terang lagi bersuluh….Kita selama ini hanya diperalatkan....
Sedarlah wahai MAHASISWA semua!!.
 Jika diri sendiri sampai extend semester siap pensyarah buat kenyataan “YDP sahaja tapi "PAPER" saya boleh repeat”.  Satu persatu kita dapat rungkaikan kenapa dan mengapa mereka MENIPU mahasiswa atas tiket Aspirasi UNIMAS. Adakah patut seorang PEMIMPIN menggunakan khutbah JUMAAT sebagai platform menyampaikan politik? Adakah ini telah menjadi nadi dalam kehidupan PEMBANGKANG yang mengambil semua peluang yang ada walaupun sampai mempergunakan mahasiswa yang naïf supaya terpedaya dengan kata-kata mereka.

created by: SPEAKER UNIMAS

Topengkah Perjuangan ini??


Perjuangan Majlis Perwakilan Pelajar dalam menjaga kebajikan mahasiswa?Fantasi atau realiti?
Kepercayaan yang diberi adakah ianya telus terlaksana dan adakah ianya termeterai??Bagai menunggu ayam bertanduk!
Bahang Pilihanraya Kampus kian terasa hangatnya memandangkan Majlis perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 bakal melabuhkan tirai mereka.Kebangkitan pemimpin baru dalam memperjuangkan agenda "kebajikan pelajar".Pihak A dan Pihak B seakan-akan bersaing sengit dalam merebut tempat yang mampu membawa angin perubahan.Sejauh mana kebenaran dalam bermanifestasi akan dilunaskan?Tepuk dada tanya selera!Jikalau calon Perwakilan Pelajar pada mulanya bertanding atas tiket aspirasi, tetapi setelah menang bertanding, seakan-akan secara automatiknya bertukar menjadi Pro Alternatif.Adakah ianya adil bagi kami yang telah mengundi?Terungkapkah semua persoalan ini? "Tetapkan Minda, Cetuskan Idea, Luahkan Kebenaran"