Thursday, 14 March 2013
Euwwwwww
Politics?? It seems people get over traumatised when came into this haunted word. Oh! How about Malaysia? Oooopsss its too big to wrap up, then let's we have a glance look into campus....or more specific government campus.....Yeahhh as we know that "voices of mahasiswa" is the pulse of the country. Owh? Is it really true? Many student nowadays are like coins, Valuable BUT two-faced. Any comments? Oppps keep it...Don't Speak if u're not that brave to let out for everything! Current issues cases in Lahad Datu, People or MALAYSIA citizen always looking at the bad side first before listen to the whisperer of angel? Perhaps? BN? Be THe End? owh really? ASK YOURSELF! Before u blaming others, put yourself in their shoes and your other 4 left fingers towards you, than it will be PERFECT! Nobody perfect in this world, but as long as we knows the limit and boundary that exist among us, then let us kick out and give your hands and let say "ONE MALAYSAI" !oppss MALAYSIA!
Wednesday, 16 May 2012
MENUNGGU KEDATANGAN “AMAN KAMPUS DI BUMI KENYALANG”
Objektif program aman kampus diwujudkan ialah mewujudkan satu
jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan
kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pemerkasaan anak muda di
peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan AntarabangsaIni kerana menurut laporan sinar haruan melalui tajuk berita “Jelahjah
Aman Kampus Selamatkan Pemikiran Mahasiswa”
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi)
akan mengadakan Jelajah Aman Kampus pada Februari tahun depan di 25 institusi
pengajian tinggi sebagai langkah pencegahan pemesongan pemikiran mahasiswa di
universiti.Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, program itu digerakkan
setelah hasil penyelidikan Aspirasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
pemerhatian mahasiswa mendapati terdapat ancaman memutarbelitkan pemikiran mahasiswa
sedang giat dijalankan.“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan
untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran
risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa akan depan.
“Pelbagai strategi dokrinasi digunakan untuk mempengaruhi pemikiran
golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan
akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerap kali dijadikan senjata utama
untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti
mengganggu tumpuan pengajian mahasiswa di kampus,” katanya pada sidang media di
Kelab Sultan Sulaiman semalam.Shahar berkata, kebencian itu tidak boleh
dibiarkan tersemat daripada universiti lagi.
“Program yang bakal dijalankan ini bukan satu tindakan pembetulan
tetapi tindakan pencegahan. Kita mahu kampus yang dibina oleh kerajaan dan
dibangunkan hasil duit rakyat dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya mereka
mempunyai kecemerlangan akademik serta sahsiah diri dapat menjadi generasi muda
yang berwibawa.
“Sebagaimana yang dianjurkan dalam pindaan Auku 2009, melibatkan NGO
dibenarkan masuk ke dalam universiti, hari ini kita buktikan semangat dan roh
pindaan 2009 itu diterjemahkan dalam program Jelajah Aman Kampus 2012. Kita ada
NGO, kita ada alumni universiti dan kita ada mahasiswa yang berada di
universiti yang sama-sama memastikan jatuh bangun negara pada masa akan
datang,” katanya.
Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwandin Hamzah; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Muhamad dan Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia, Mahaganaphaty Dass. Setakat hari ini program Jelajah Aman Kampus itu mendapat sokongan daripada 15 NGO dan lebih 1,000 mahasiswa universiti tempatan. Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.
Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.
Menurut Shahar, mahasiswa hari ini perlu ada tiga elemen yang penting, iaitu mahasiswa mesti ada sikap diplomasi, kedua perlu menjadi mahasiswa yang rasional melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa itu sendiri, ketiga sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti. Katanya, jika kesemua elemen itu dipraktikkan, beliau yakin negara akan mendapat pelapis yang berwibawa pada masa depan.
Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwandin Hamzah; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Muhamad dan Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia, Mahaganaphaty Dass. Setakat hari ini program Jelajah Aman Kampus itu mendapat sokongan daripada 15 NGO dan lebih 1,000 mahasiswa universiti tempatan. Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.
Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.
Menurut Shahar, mahasiswa hari ini perlu ada tiga elemen yang penting, iaitu mahasiswa mesti ada sikap diplomasi, kedua perlu menjadi mahasiswa yang rasional melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa itu sendiri, ketiga sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti. Katanya, jika kesemua elemen itu dipraktikkan, beliau yakin negara akan mendapat pelapis yang berwibawa pada masa depan.
SUMBER: SINAR HARIAN 17 MEI 2012
Seorang Cikgu Yang BIJAK, tidak AKAN duduk BANTAH! Saya sayang CIKGU!
“ Kita harus menghormati dan mencintai murabbi kita. Merekalah
yang banyak mendidik dan mengasuh kita menjadi hamba-hamba yang berisi
dengan ilmu,” Teringat kata-kata seorang senior saya semasa awal tingkatan satu.
“ Murabbi itu apa ?,” Soal saya tanpa segan dan silu.
“ Murabbi itu maknanya pendidik. Murabbi itu asal daripada
perkataan arab. Insan-insan yang
mendidik, mengajar dan memberikan
pengajaran kepada kita,” Jelas tutur bicara senior saya.
Bermula detik dan saat itu, saya mulai biasa dengan kalimah murabbi.
Bagi saya, istilah itu sangat-sangat sejuk dan dekat dengan hati saya.
Sesiapa sahaja yang mendidik, mengasuh, menyuluh dan mencerahkan saya
tentang sesuatu perkara dengan hikmah, bijaksana dan penuh keilmuaan –
saya selalu melabelkan dia sebagai murabbi. Murabbi ini adalah pekerjaan dan amalan yang mulia. Kerana apa?
Kerana ia memberikan suatu harga dan makna kepada seseorang. Dengan
ilmu, darjat seseorang tertingkat di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Nescaya Allah akan
meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan.”
( Al- Mujadalah 58 : 11)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang menjalani sesuatu jalan untuk mencari dan mempelajari
ilmu, Allah akan mempermudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga.”
( Hadis Riwayat Muslim)
Biar apa pun, mata pelajaran yang diajar. Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan apa jua madah
(mata pelajaran) dalam deen. Bahkan subjek-subjek yang lain seperti
Matematik, Bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya. Mereka-mereka adalah
murabbi. Murabbi yang menghubungkaitkan setiap ilmu yang dicurahkan kepada
saya dengan nilai-nilai ketauhidan, keislaman dan kefahaman yang jernih
berkaitan deen saya. Bayangkan, semasa di MATRI ada seorang guru fizik
saya yang sangat-sangat saya hormat, Cikgu Maimunah Hashim pernah
menghubungkan ilmu fizik dengan ketauhidan dan ubudiyah. Sesuatu yang
baru bagi saya, ketika itu terbukalah minda, hati dan fikiran saya
bahawa semua ilmu itu adalah daripada Allah SWT.
MasyaAllah.
"mencari intelek muslim bertakwa di dunia
sekarang ibarat mencari gagak putih di tengah gagak hitam...pastikan kita
generasi yang meredah jalan-jalan perjuangan menuju destinasi iaitu KEREDHAAN
ALLAH"
Monday, 14 May 2012
Perlukah Berdomenstasi Untuk Tunjukan Kecintaan Pada Negara?? Kemerdekaan Mengikut Pandangan Islam
Ummah mesti tanam sifat patriotik, terus berjihad bebaskan diri
daripada anasir negatiSemangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan
dan kini ditadbir mengikut acuan sendiri sewajarnya menyedarkan rakyat mengenai
kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi sebahagian tuntutan
agama
Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Cintakan tanah air itu sebahagian dari iman.” (Hadis
riwayat Bukhori dan
Muslim) Kecintaan kuat terhadap tanah air adalah obor pencetus semangat untuk
terus membawa kemajuan kepada setiap warga negara bagi sama-sama memikul
tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara ke tahap
kecemerlangan.
Kemerdekaan negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah dan
dalam mensyukuri rahmat itu, jasa mereka yang berjuang membebaskan negara
daripada penjajah dan kini berjuang mempertahankan perlu dihargai.
Kemajuan negara terletak di tangan kepemimpinan dan rakyat
negara, justeru, setiap dicita perlu dilakukan sendiri semua pihak.Firman Allah
bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga
kaum itu sendiri yang berusaha untuk merubah keadaan hidup mereka.” (Surah
ar-Ra’du, ayat 11) Berjihad dan berkorban jiwa raga untuk memerdekakan negara
daripada belenggu penjajahan seperti dilakukan bekas pejuang hendaklah menjadi
iktibar kepada semua lapisan daripada anak kecil, murid sekolah, pelajar,
belia, dewasa serta warga emas.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika kamu
membela Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan).”
(Surah Muhammad, ayat 7)Kedatangan Islam itu sendiri sebenarnya membawa mesej
jelas dan bersifat kemerdekaan. Islam menyeru umatnya membebaskan diri daripada
dibelenggu kejahilan, membebaskan diri dari sistem perhambaan dan cengkaman
musuh dalam apa juga bentuk. Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan,
keharmonian, kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. Hakikat ini
dapat dilihat pada perkembangan awal Islam di mana Rasulullah SAW berusaha
membawa kemakmuran di Madinah dan memerdekakan Kota Makkah daripada cengkaman
kafir Quraisy.
Islam juga bersifat merdeka dalam maksud berjihad membebaskan
diri terjerumus keruntuhan akhlak dan tingkah laku yang boleh membawa kemurkaan
Allah. Lantaran itu, Islam menitikberatkan usaha membebaskan diri dengan
menyelamatkan tamadun manusia dari terus diselaputi sifat syirik kepada Allah,
kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan melalui sistem penindasan berlaku sesama
makhluk Allah. Seorang penyair Arab, Ahmad Syauqi pernah berkata: “Kekalnya
bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak.”
Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab setiap warga yang
cintakan negara menghalang unsur negatif yang sedang menyelinap masuk ke dalam
pemikiran masyarakat. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi
seperti mereka (orang Yahudi dan Nasrani) yang bercerai berai dan berselisih
faham) sesudah datangnya keterangan yang jelas dan nyata (yang diberikan
Allah).” (Surah al-Imran, ayat 105) Sehubungan itu, umat Islam harus mengisi
ruang kemerdekaan untuk terus berjihad membebaskan diri daripada sifat yang
boleh meruntuhkan wibawa manusiawi kerana ia dimurkai Allah.
Nikmat kemerdekaan perlu diisi dengan meneruskan perjuangan demi
kestabilan negara supaya dapat diwarisi generasi akan datang, sanggup berkorban
dan menghadapi cabaran globalisasi untuk menjadi bangsa yang mampu bersaing. Dengan
roh dan semangat merdeka, marilah berganding bahu bertekad mempertahankan
negara daripada sebarang anasir serta ancaman boleh menggugat kestabilan tanah
air tercinta ini.Jejaki sunnah perjuangan Rasulullah SAW yang melipatgandakan
usaha membebaskan umat Islam Madinah dan Makkah dari cengkaman kukufuran dan
menjadi hamba serakah nafsu sendiri. Oleh itu, wajarlah kita berusaha
membebaskan diri daripada gejala tidak sihat dan permasalahan yang boleh
mencetus prasangka tidak baik.
Ceritera Peperiksaan (Yang Mana Lebih Penting Harapan Mak & Ayah @ Harapan Pembangkang??)
Satu hari, semasa keputusan imtihan
awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai
pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang
mendapat markah yang teramat-amat rendah. Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr
Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.
Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya
lupa adalah:
“Antum allaziina la yakhafuunallah!”
Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah
orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah
peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.
Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan
markah rendah dalam peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu.
Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan
Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya. Tetapi Dr
Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya. “Pelajaran
kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu
kamu dapat markah yang rendah!” Maka ada pelajar arab yang lain berkata:
“Soalan anda yang susah sangat!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang
mana? Tunjukkan pada saya!” Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr
Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di
sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar
itu diam. Seorang pelajar lagi berkata: “Anda ajar,
kami tak faham. Uslub anda susah!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kamu pernah datang ke bilik saya dan suruh saya terangkan semula
apa yang kamu tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam. Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini anda
tidak ajar pun!” Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau
kamu yang ponteng kelas pada hari itu?”
Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu
semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan
serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan
Allah!”
Dan tiada siapa lagi yang bersuara.
Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu
studi sungguh-sungguh.
Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan
bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau
studi pun tidak sungguh-sungguh. Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap
fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa
tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi
sungguh-sungguh?
Fahamkah kamu maksud ayat ini:
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka
bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepadaNya.” Surah
Ali Imran ayat 159.
Mengapa selepas berazam, terus disebut
tawakkal? Di manakah ‘usaha’?
Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini? Maksudnya,
sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah
score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal?
Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak.
Tidak dan tidak. Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita
adalah satu tawakkal juga.
Pesanan ADMIN: Sedarlah mahasiswa sebelum terlambat, jangan biarkan diri anda hidup tanpa wawasan dan jalan yang benar, minggu peperiksaan semakin dekat, bersiap sedia lah sebelum terlambat kerana masa tidak akan menunggu kita.....
Sexual Harrasment!
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA) bersama Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar UNIMAS (UniK) akan mengadakan satu Seminar Wanita Anti Jenayah - "Wanita dan Keldai Dadah" dan "Wanita dan Gangguan Seksual". Butiran program adalah seperti berikut:
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Auditorium, PKMA
Peserta : 120 orang (lelaki & perempuan)
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah keldai dadah terutamanya di kalangan wanita serta isu gangguan seksual. Selain itu para peserta juga didedahkan dengan cara untuk berhadapan & menangani isu2 tersebut serta dibekalkan dengan maklumat tentang penyaluran aduan yang tepat & bantuan2 yang disediakan utk mangsa.
Sehubungan itu, pelajar UNIMAS yang berminat dijemput untuk menyertai seminar yang bakal diadakan ini. Terbuka kepada pelajar lelaki & wanita. Sijil penyertaan & makanan disediakan kepada para peserta. Tempat terhad!
Pendaftaran akan dibuka pada hari Selasa 8 Mei 2012 & boleh dilakukan di kaunter Pusat Pemajuan Pelajar, Aras 3 Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Jangan lepaskan peluang! =)
Sumber: Pusat Pemajuan Pelajar (Unit Kaunseling)
Monday, 26 March 2012
Kepentingan Mengundi?
Sebagai belia, kitalah pemangkin negara suata
masa akan datang? Tetapi anda tnya diri sendiri, sudahkah anda mendaftar
sebagai pemilih untuk PRU akan datang? Sebagai belia atau mahasiswa kita harus
mempunyai sikap bertanggungjawab atas kerajaan kita sendiri, jadi kita haruslah
membantu kerajaan dengan mengundi, dan ingat satu UNDI akan memberikan impak
yang besar..Ada tiga sebab mengapa dan kenapa kita harus mendaftar sebagai
pengundi.
1. Tuntutan
Rukun Negara
Okay aku jelas dan
faham.. kalau rukun negara pun ada yang tak habis baca apa lagi nak mengundi.. Kesetiaan
Kepada Raja Dan Negara. sedia maklum yang kita ini duduk didalam
negara yang menggunakan sistem Raja berperlembagaan. dimana mempunyi
sistem doktrin pengasingan kuasa yang terbahagi kepada tiga iaitu:-
1. Kuasa
Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman
Ketiga-tiga kuasa ini
mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.. Badan perundangan di kuasai oleh raja
(kuasa Junta), Untuk pentadbiran negara Malaysia sekarang ini.. pentadbiran
diuruskan oleh badan eksekutif sebagai main priority untuk mentadbir. dimana
wakil-wakil parliament sebagai wakil untuk mendasarkan suara rakyat.
Dari sumber yang aku
dapat.. terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari
kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Maaf disini aku bukan
nak resist cuma untuk kepentingan bangsa aku.. kalau bukan aku
yang tulis siapa lagi nak bagitau.. so ambil point yang aku bagi ini secara
positif.
Sedia maklum kaum
bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan
yang tertentu. Untuk makluman korang.. sumber yang aku dapat mengatakan
bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. seram
bukan..?? kalau dah 45% dah tentulah jadi suara minoriti didalam parliament..
itupun belum tentu yang mendaftar tu pergi mengundi.. fikirkanlah.. macam mana
kita nak bersuara didalam parliament kalau kerusi bumiputera hanya secebis..
Kita ada hak untuk
dipertahankan ingat.. jangan fikir kalau kita duduk didalamcomfort zone kita
akan selamat selamanya.. macam aku cakap tadi.. kita ada hutang kemerdekaan
untuk dipertahankan. Ingat kita mengunakan sistem raja berpelembagaan.. kita
kena yakinkan kepada raja-raja kita yang rakyat mampu mentadbir.. jangan sampai
Sultan murka dan menggunakan kuasa junta untuk merampas tampuk kepimpinan..
jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kuasa diraja sebaik mungkin..
2. Kuasa
generasi muda.
Statistik menunjukkan
bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang
Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa.
yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada1946-1964,
sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981.
Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara
tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik
kita sekarang seramai 6 juta ++.
Dari statistik yang
aku bagi ini menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari
generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai
jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab
untuk masa depan negara buat masa sekarang. Bagi aku generasi muda perlu sedar
tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang korang pangkah..
asalkan korang lepaskan tanggungjawab korang..
Belia kat Malaysia
adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun.. dan
kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab
kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi..
Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman..
sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. diorang ada 5 juta je
kot.. dan untuk pengetahuan korang kitalah yang bertanggungjawab memilih
pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi aku nasihatkan.. jangan
bising-bising complain kerajaan tak betul.. siapa yang pilih
kalau bukan 12 juta itu tadi..
3. Menentukan
masa depan negara dan diri sendiri
Okay iklan kejap ye..
untuk korang lebih faham point ketiga'ni korang tgok video kat bawah ini
dulu
Mari Ubah Gaya Hidup
Agak sinis jugalah
iklan ni eh.. hehe sorry pada yang terasa.. aku rasa benda ini perlu,
bukan nak mempersoalkan sesiapa.. walau dengan apa cara sekalipun
korang ubah gaya hidup korang.. kalau pemimpin yang kita pilih itu kurang
memuaskan bagi aku beliau wajib ditukar. sebab ianya melibatkan kepentingan
kita sendiri.. tak kisah lah korang nak pangkah parti apapun.. bagi aku
pemimpin yang kita pilih itu penting.. salah pemimpin ke kalau dia tak
perform..?? salah kita sebab kita tidak daftar mengundi dan membiarkan yang
tidak pandai memilih itu menghakimi hak kita..
Kita jangan pandai argue tapi
tidak buat apa-apa.. ramai yang cakap kalau aku mengundi sama je.. dan
yang menyedihkan.. ada yang cakap:-
"Kalau aku mengundipun belum tentu vote aku dapat
ubah-ubah apa-apa, sebab tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia majoriti
berbeza 1 undi je"
yup memang tak
luak kalau engkau sorang tak mengundi.. tapi kalau sejuta orang fikir macam
engkau.. tergadailah negara... Mungkin ramai yang masih tidak matang dalam hal
ini.. atau mereka keliru apa itu UMNO apa itu PKR.. aku nasihatkan.. korang
pangkahlah apa yang korang rasa dapat merubah taraf hidup rakyat Malaysia..
asalkan korang mengundi.. dan jangan asyik nak merungut atas sumbangan pemimpin
sedangkan korang tidak menyumbang apa-apa..
***
Kalau Betullah 2011 ni
PRU ke 13 aku rasa bangga sebab ini first time aku layak mengundi.. Bagi yang
masih tidak mendaftar tu.. aku sarankan korang pergi daftar cepat-cepat sebelum
terlambat.. tak susah pun.. kat pejabat pos pun boleh daftar.. sambil-sambil
korang bayar bill tu.. apa salah daftar sekejap.. sedangkan beratur
panjang-panjang kat shopping mall korang sanggup.. inikan pula untuk masa
depan negara dan diri sendiri..
Fikir-fikirkan lah...
adakah kita nak tengok je tanpa membuat sesuatu.. disini aku dan komuniti ITYM
yang lain ingin meletakkan pendirian kitorang.
"kami yang menentukan masa depan kami dan kami akan pastikan
pemimpin yang kami pilih adalah yang akan menjaga kepentingan kami dan bukan
hanya parti semata-mata tetapi untuk kepentingan bangsa juga. walaupun kami
neutral tetapi kami matang dalam memilih yang terbaik untuk masa depan kami".
Untuk pencerahan yang lebih jelas sila lawati link ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)



