Sebagai belia, kitalah pemangkin negara suata
masa akan datang? Tetapi anda tnya diri sendiri, sudahkah anda mendaftar
sebagai pemilih untuk PRU akan datang? Sebagai belia atau mahasiswa kita harus
mempunyai sikap bertanggungjawab atas kerajaan kita sendiri, jadi kita haruslah
membantu kerajaan dengan mengundi, dan ingat satu UNDI akan memberikan impak
yang besar..Ada tiga sebab mengapa dan kenapa kita harus mendaftar sebagai
pengundi.
1. Tuntutan
Rukun Negara
Okay aku jelas dan
faham.. kalau rukun negara pun ada yang tak habis baca apa lagi nak mengundi.. Kesetiaan
Kepada Raja Dan Negara. sedia maklum yang kita ini duduk didalam
negara yang menggunakan sistem Raja berperlembagaan. dimana mempunyi
sistem doktrin pengasingan kuasa yang terbahagi kepada tiga iaitu:-
1. Kuasa
Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman
Ketiga-tiga kuasa ini
mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.. Badan perundangan di kuasai oleh raja
(kuasa Junta), Untuk pentadbiran negara Malaysia sekarang ini.. pentadbiran
diuruskan oleh badan eksekutif sebagai main priority untuk mentadbir. dimana
wakil-wakil parliament sebagai wakil untuk mendasarkan suara rakyat.
Dari sumber yang aku
dapat.. terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari
kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Maaf disini aku bukan
nak resist cuma untuk kepentingan bangsa aku.. kalau bukan aku
yang tulis siapa lagi nak bagitau.. so ambil point yang aku bagi ini secara
positif.
Sedia maklum kaum
bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan
yang tertentu. Untuk makluman korang.. sumber yang aku dapat mengatakan
bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. seram
bukan..?? kalau dah 45% dah tentulah jadi suara minoriti didalam parliament..
itupun belum tentu yang mendaftar tu pergi mengundi.. fikirkanlah.. macam mana
kita nak bersuara didalam parliament kalau kerusi bumiputera hanya secebis..
Kita ada hak untuk
dipertahankan ingat.. jangan fikir kalau kita duduk didalamcomfort zone kita
akan selamat selamanya.. macam aku cakap tadi.. kita ada hutang kemerdekaan
untuk dipertahankan. Ingat kita mengunakan sistem raja berpelembagaan.. kita
kena yakinkan kepada raja-raja kita yang rakyat mampu mentadbir.. jangan sampai
Sultan murka dan menggunakan kuasa junta untuk merampas tampuk kepimpinan..
jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kuasa diraja sebaik mungkin..
2. Kuasa
generasi muda.
Statistik menunjukkan
bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang
Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa.
yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada1946-1964,
sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981.
Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara
tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik
kita sekarang seramai 6 juta ++.
Dari statistik yang
aku bagi ini menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari
generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai
jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab
untuk masa depan negara buat masa sekarang. Bagi aku generasi muda perlu sedar
tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang korang pangkah..
asalkan korang lepaskan tanggungjawab korang..
Belia kat Malaysia
adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun.. dan
kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab
kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi..
Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman..
sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. diorang ada 5 juta je
kot.. dan untuk pengetahuan korang kitalah yang bertanggungjawab memilih
pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi aku nasihatkan.. jangan
bising-bising complain kerajaan tak betul.. siapa yang pilih
kalau bukan 12 juta itu tadi..
3. Menentukan
masa depan negara dan diri sendiri
Okay iklan kejap ye..
untuk korang lebih faham point ketiga'ni korang tgok video kat bawah ini
dulu
Mari Ubah Gaya Hidup
Agak sinis jugalah
iklan ni eh.. hehe sorry pada yang terasa.. aku rasa benda ini perlu,
bukan nak mempersoalkan sesiapa.. walau dengan apa cara sekalipun
korang ubah gaya hidup korang.. kalau pemimpin yang kita pilih itu kurang
memuaskan bagi aku beliau wajib ditukar. sebab ianya melibatkan kepentingan
kita sendiri.. tak kisah lah korang nak pangkah parti apapun.. bagi aku
pemimpin yang kita pilih itu penting.. salah pemimpin ke kalau dia tak
perform..?? salah kita sebab kita tidak daftar mengundi dan membiarkan yang
tidak pandai memilih itu menghakimi hak kita..
Kita jangan pandai argue tapi
tidak buat apa-apa.. ramai yang cakap kalau aku mengundi sama je.. dan
yang menyedihkan.. ada yang cakap:-
"Kalau aku mengundipun belum tentu vote aku dapat
ubah-ubah apa-apa, sebab tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia majoriti
berbeza 1 undi je"
yup memang tak
luak kalau engkau sorang tak mengundi.. tapi kalau sejuta orang fikir macam
engkau.. tergadailah negara... Mungkin ramai yang masih tidak matang dalam hal
ini.. atau mereka keliru apa itu UMNO apa itu PKR.. aku nasihatkan.. korang
pangkahlah apa yang korang rasa dapat merubah taraf hidup rakyat Malaysia..
asalkan korang mengundi.. dan jangan asyik nak merungut atas sumbangan pemimpin
sedangkan korang tidak menyumbang apa-apa..
***
Kalau Betullah 2011 ni
PRU ke 13 aku rasa bangga sebab ini first time aku layak mengundi.. Bagi yang
masih tidak mendaftar tu.. aku sarankan korang pergi daftar cepat-cepat sebelum
terlambat.. tak susah pun.. kat pejabat pos pun boleh daftar.. sambil-sambil
korang bayar bill tu.. apa salah daftar sekejap.. sedangkan beratur
panjang-panjang kat shopping mall korang sanggup.. inikan pula untuk masa
depan negara dan diri sendiri..
Fikir-fikirkan lah...
adakah kita nak tengok je tanpa membuat sesuatu.. disini aku dan komuniti ITYM
yang lain ingin meletakkan pendirian kitorang.
"kami yang menentukan masa depan kami dan kami akan pastikan
pemimpin yang kami pilih adalah yang akan menjaga kepentingan kami dan bukan
hanya parti semata-mata tetapi untuk kepentingan bangsa juga. walaupun kami
neutral tetapi kami matang dalam memilih yang terbaik untuk masa depan kami".
Untuk pencerahan yang lebih jelas sila lawati link ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm