Wednesday, 16 May 2012

MENUNGGU KEDATANGAN “AMAN KAMPUS DI BUMI KENYALANG”



        Objektif program aman kampus diwujudkan ialah mewujudkan satu jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pemerkasaan anak muda di peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan AntarabangsaIni kerana menurut laporan sinar haruan melalui tajuk berita “Jelahjah Aman Kampus Selamatkan Pemikiran Mahasiswa”

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) akan mengadakan Jelajah Aman Kampus pada Februari tahun depan di 25 institusi pengajian tinggi sebagai langkah pencegahan pemesongan pemikiran mahasiswa di universiti.Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, program itu digerakkan setelah hasil penyelidikan Aspirasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhatian mahasiswa mendapati terdapat ancaman memutarbelitkan pemikiran mahasiswa sedang giat dijalankan.“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa akan depan.
 
“Pelbagai strategi dokrinasi digunakan untuk mempengaruhi pemikiran golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerap kali dijadikan senjata utama untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti mengganggu tumpuan pengajian mahasiswa di kampus,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman semalam.Shahar berkata, kebencian itu tidak boleh dibiarkan tersemat daripada universiti lagi.
“Program yang bakal dijalankan ini bukan satu tindakan pembetulan tetapi tindakan pencegahan. Kita mahu kampus yang dibina oleh kerajaan dan dibangunkan hasil duit rakyat dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya mereka mempunyai kecemerlangan akademik serta sahsiah diri dapat menjadi generasi muda yang berwibawa.

“Sebagaimana yang dianjurkan dalam pindaan Auku 2009, melibatkan NGO dibenarkan masuk ke dalam universiti, hari ini kita buktikan semangat dan roh pindaan 2009 itu diterjemahkan dalam program Jelajah Aman Kampus 2012. Kita ada NGO, kita ada alumni universiti dan kita ada mahasiswa yang berada di universiti yang sama-sama memastikan jatuh bangun negara pada masa akan datang,” katanya.

        Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwandin Hamzah; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Muhamad dan Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia, Mahaganaphaty Dass.     Setakat hari ini program Jelajah Aman Kampus itu mendapat sokongan daripada 15 NGO dan lebih 1,000 mahasiswa universiti tempatan. Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.

        Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

        Menurut Shahar, mahasiswa hari ini perlu ada tiga elemen yang penting, iaitu mahasiswa mesti ada sikap diplomasi, kedua perlu menjadi mahasiswa yang rasional melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa itu sendiri, ketiga sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti. Katanya, jika kesemua elemen itu dipraktikkan, beliau yakin negara akan mendapat pelapis yang berwibawa pada masa depan.

SUMBER: SINAR HARIAN 17 MEI 2012     

No comments:

Post a Comment